Friday 11 May 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua muslimin dan muslimah sekalian....

Wah..tinggal lagi seminggu je lagi nak cuti balik kampung. Good luck ye kepada rakan-rakan seperjuangan yang mengambil peperiksaan LJM pada 13 June 2012 nanti.. Study sampai lepak, result biar gempak, Jangan menyusahkan mak bapak..heheee... Nanti bulan September giliran kitorang pulak yang akan amek exam LJM..amek kaw..lepas raya pulak tu...tak pe..yakin BOLEH.. Esok mak datang nak angkut barang. huhuu..rase sedih la tinggalkan INSTEDT tercinta ni... Tiga tahun, banyak ilmu dan pengalaman yang dipelajari di sini, tak kisah ape orang nak cakap, yang penting aku suka belajar kat sini. kat sini jugalah aku dapat lihat macam-macam ragam manusia yang aku tak pernah jumpa sebelum ni. Bahkan mase tinggal kat Asrama SMK Seri Gading pun tak jumpe kerenah dan ragam yang sebegini. Tapi bagi aku, yang baik jadikan teladan dan buruk jadikan sempadan dan tak kan diikut.

Sejak-sejak ni aku rajin jugalah, layari kisah kisah para Anbia, Para Sahabat-sahabat Rasulullah. Baca tentang kisah perjuangan mereka untuk menegakkan syiar Islam dan sanggup gugur sebagai Syuhada'. Aku terharu sangat sampai mengalirkan air mata. Tentang Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang sering membenarkan apa yang saja percakapan Rasulullah, mengenai Umar Al-Khattab yang sememangnya dikagumi dengan sifatnya yang berani sehingga syaitan pun takut kepada Saidina Umar, mengenai Saidina Uthman Bin Affan yang lemah lembut dan seorang yang dermawan, sanggup mendermakan hartanya demi Islam, tentang Kepahlawanan Saidina Ali yang berani. MasyaAllah.. buat aku terharu. begutu susah dan payah mereka memperjuangkan agama Islam demi Umat akan datang. Mereka inilah yang patut dijadikan idola oleh golongan remaja Islam. Bukannya memilih sebarangan idola seperti penyanyi dan pelakon pada masakini. bagi aku tokoh-tokoh inilah IDOLA YANG SEBENAR. Selain itu aku kagum dengan Srikandi Khaulah Al-Azwar. Walaupun beliau seorang perempuan, tetapi beliau telah menunjukkan yang wanita bukankan golongan yang lemah. Sehingga Khalid al-walid pun kagum dengan keberanian Beliau di medan peperangan. Subhanallah... Yang membuatkan aku menangis bila membaca mengenai Al Fitnah Al Kubro, yang berlaku pada zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan sehingga terbunuhnya Khalifah Islam Ketiga itu. Sejak dari itulah fitnah mengenai Islam sering saja berlaku dan sehinggalah ke hari ini.

Ini sajalah yang dapat aku kongsi mengenai sirah ni. InsyaAllah kita sambung lagi pada masa akan datang. Ingat, kita sebagai umat Islam mestilah megetahui tentang tokoh-tokoh dan perjuangan dalam sejarah Islam kita. Marilah sama-sama kita menghayati dan mengambil kebaikan yang ada pada tokoh-tokoh ini. marilah juga kita bacakan Al-Fatihah keatas Junjung Kita Rasulullah S.A.W dan para sahabat-sahabatnya. Al-Fatihah...


Tuesday 21 February 2012

excited beb..

Hai, lame x update blog ni...rase rindu pulak. nak tau tak hari ni first time aku masuk OT. Secara live tgk dokter operate pesakit. rase insan bertuah sebab dapat tengok dokter wat oeration hari ni. terima kasih staf nurse bagi peluang kat aku and ain masuk OT hari ni. Terima kasih juga kepada doktor yang sudi mernerangkan ape yang aq tanye bile tak faham. nasib baik doktor tu tak operate aku sekali..hehee...tapi mentang2 lah semalam aku jadi asistance dia semalam, hari nak menyoal aku je..nasib la, aku ni pandai la juga hihii..dapat la jawab ape yang dia soal..kalau tak, buat malu je..hehee lepas prektikel ni cuti seminggu lagi..asyik cuti je la rase nye. nanti mula la rase malas nak nak pergi kuliah.yela,mood asyik cuti je..eee sabo je la... esok masuk eye clinic pulak...

Thursday 22 December 2011

Assalamualaikum, lame x mengisi kat ruang blog ni. Kuliah Last sem dah start. Banyak topik yg nak kene cover. Tapi InsyaAllah, cukup masa nak cover balik sume subjek. LJM tunggu taw. Aq nak sgt ambil bulan 6 ni. Nak cepat dapat kerja. Sultan Muhammad al-Fateh, best taw sejarah tentang tokoh ni. Terpesona bila baca buku ni, dapat faham tentang perjuang umat Islam pada zaman pemerintahan baginda. " Pemerintah yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik." Itulah yang berlaku pada zaman pemerintahan baginda sampai  dapat menawan Kota Konstantinopel atau sekarang dikenali dengan nama Istanbul. Subhannallah... Harap suatu hari nanti aq dapat menjejakkan kaki ke sana. Amin.. InsyaAllah..

Monday 21 November 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah,, yaeyy.... Malaysia menaaannngggggg!!!!!! Terima kasih wahai Wira2 Negara sekalian.... Walaupun perlawanan tu boleh dikatakan berat sebelah la jugak, tapi, Allah tu penentu segalanya.... Aku dok sibuk tengok bola ngan penuh emosi tadi kat Food Court Pandan, tibe2 orang sebelah meja pulak yang terlebih emosi,, huhuu, ini sudah lebih... aku jerit dia pon jerit,, tak leh tahan ni, terus angkat kaki, blah balik hostel... huhuu.. tunggu berita daripada informer aku.. hahhaaa... thanks Ajie,, sebab sudi jadi informer untuk salurkan maklumat terkini pasal perlawanan bola sepak antara Harimau Malaysia dengan Garuda kepada kakak... sayang Ajie... padan muka si Garuda 2, sayap dah patah atau lebih tepat  lagi garuda tu wujud ke sebelum ni?? ntah mane la diorang dapat idea sal garuda ni ek???? lantak la, pe yang penting Malaysia menang!!!!! heheee... HIDUP MALAYSIA!!!! MALAYSIA BOLEH!!!! MALAYSIA BOLEH!!!! " MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Pengalaman Terindah

Alhamdulillah,,, berlalu sudah satu hari di Hospital Permai... Seronoknya kat situ... Walaupun penat berjalan hari ni, tp dapat kepuasan bile dpt suap pesakit makan, layan aktiviti mereka, memang seronok... Rase kesian kat mereka, aku rase bersyukur sangat2 kerana Allah kurniakan aku fikiran yang waras, boleh berdikari sendiri, law nak di bandingan dengan penghuni kat sana, kesian sangat kat diorang ,sedih... layanan staf kat sana pon baik2 belaka... tadi time nak balik ade sorang pak cik ni menangis sebab kitorang nak balik,,, terharu sungguh... rase nak je duduk kat sane jage diorang...heheee 

Saturday 19 November 2011

Terima Kasih wahai Adinda ku!!!

Semalam terkejut aku bile buka je blog, blog dah jadi lain... Kini blog aku dah berwajah baru. Aku  ucapkan terima kasih banyak2 kat satu2 nye adek pemrempuanku.. dia yang tolong andamkan,, heheee sukenye.. Kalau nak harap aku, haram x reti nak wat cam mane... buta IT la kate kan... yang paling aku suke ade gambar Sung Min dan Eun Hyuk... Taw2 je 2 pakwe aku,, hahaaa... Thanks taw Anya sayang... :)))

Tuesday 8 November 2011

assalamualaikum...


lame rasenye x tulis ape2 kat dlm blog ni... heheee....
maklumlah skrang ni bz sikit...ni pon tgh exam sebenarnye....
x pe curi mase sikit heeee...
td alhamdulillah....boleh jawab semua soalan dengan tenang dan tanpa gangguan...


sebelum 2,,nak ucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua muslimin dan muslimat sekelian....
nak tau x, hari 2, my sis ade bawa blik satu buku....
best giler isi kandungan buku 2....
mengisahkan tentang singkatnye usia umat Nabi Muhammad....
cerita tentang Imam Mahdi, Nasi Isa, dajjal, yakjuj n makjuj dan tanda2 akhir zaman (kiamat)...
rase seram pon ade ble bace buku 2,,,tp itu lah kenyataan yang kite semua akan lalui pada suatu hari nanti....


yang penting kite sebagai hamba Allah ni kena lah betul kan diri dan amal ibadah....
walaupun kite bukan yang terbaik,,tp kite kene berusaha jadi antara yang terbaek....
InsyaAllah..... aminnn....