Monday 1 August 2011

FITNAH UMAT AKHIR ZAMAN

ASSALAMMULAIKUM......

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada para Muslimin dan Muslimat sekalian. Semoga dapat menjalankan ibadah dengan penuh tawaduk dan istiqamah. Puasa dalam bulan Ramadhan adalah wajib. Cuma orang-orang tertentu sahaja yang Allah S.W.T bagi cuti. Oleh itu tunaikan lah ibadah puasa ini dengan penuh penghayatan dan kesederhanaan. Ingat!! Jangan Membazir taw... Itu Adalah Amalan Syaitan.
Berbalik pada tajuk asal kita tadi. FITNAH.. Tahukah Anda fitnah ini tergolong dalam salah satu dosa-dosa besar. ianya diibaratkan seperti membunuh. Nauzubillahi min zalik... bertaubatlah mereka yang menabur dan mereka fitnah. Jikalau tidak azab nya amat pedih sekali. Selagi matahari belum matahari terbit di ufuk barat, selagi itulah pintu taubat masih terbuka. Insaflah wahai saudara seISLAM ku...marilah sama-sama kita menuju ke jalan yang di redhai oleh Allah S.W.T.   "Renung-renungkan dan Selamat Beramal..

No comments:

Post a Comment