Friday 5 August 2011

Manusia....

Hari ni dah 5 hari umat Islam berpuasa dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ini..Tapi kenapa perangai manusia itu tidak seindah bulan yang mulia ini. Sesuka hati mengumpat, mengcaci, menghina dan mencerca orang lain. Tidak sedarkah manusia itu, yang dikutuk,dihina dan dicaci itu juga adalah mahluk ciptaan Allah. Menghina makluk ciptaan Nya samalah kita menghina Allah. Kerana Allah lah yang mencipta manusia itu. Ya Allah, Kau berilah kesedaran kepada manusia yang suka menghina ini. Satu lagi, kenapa ada kawan yang sanggup memburukkan kawan sendiri? Kononnya hendak menolong, tetapi menjatuhkan maruah yang dikatakan rakan. Ini bukan cerita dongeng. Tapi ini lah yang terjadi kepada kawan baik saya.  Kesian sungguh, sehingga orang memandang serong kepadanya. tidak cukup setakat itu sahaja si yang mengaku kawan itu sanggup membuat fitnah. Adakah itu kawan? Kesiah kat kawan saya tu. saya harap dia tabah menjalani dan mengharungi hidupnya.

P/S : Kepada sesiapa yang suka sangat wat fitnah 2,, insaflah cepat2, coz,,azab Allah ini kita x taw bila dan ketahuilah, azab Nya sungguh pedih.

No comments:

Post a Comment